Thursday, 16 February 2012

Tertipu selama 8 tahun....

DUGAANKU~


hati pedih menangis,
jiwaku yang suram,
malam yang panjang,
ingin aku bersendirian..

merenung kehidupan,
memikir kesudahan,
pada siapakah hendak ku curah,
keresahanku..

aku berpaut pada sejengkal tali cuma,
itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini,
inikah dugaanku,
inikah kesempatan,
haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu..

dekat didepan mata,
berat meluah kata,
terpendam segala apa dirasa,
sekian lama ini..

apakah kita nanti,
tiada dapat serasi,
ataukah hanya aku bermimpi,
untuk memiliki..

aku berpaut pada sejengkal tali cuma,
itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini,
inikah dugaanku,
inikah kesempatan,
haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu..

kesempatan yang datang tiada ketentuan,
puasku memandang di kejauhan tak kesampaian..
sering terbayang-bayang,
tinggi lagi harapan,
adakah kusempat atau pun tidak,
untuk bersamamu...






Aku ingat yang nyanyi lagu ni penyanyi cik Syafinaz tu...rupa-rupanya Puan Ning rupanya....
ok 8 tahun tertipu..anyway best lagu ni=)

eh...ini video pertama dalam blog aku...

credit tu: makcik you tube =)

Friday, 27 January 2012

Kachak~

Assalamualaikum.....

Kucing angkat dari kolej Mutiara.
Tersangatlah handsome.
Badan dia tough.
Kachak....
Hero baru saya.
Tanpa cermin siapalah Kachak
Even di zoomkan pic ni aku tetap Kachak!!

See!! aku memang kacak...




















Sunday, 1 January 2012

Mamalia itu~siri 1

Assalamualaikum.....

Ada ader..? ade ni hah..
Kucing sangat sinonim dengan Ada taw..betul tak kawan-kawan...?
Ini kerana kucing yang comel itu sama dengan Ada yang comel..suke,suke,suke,,(erkkkk ok fine ko comel macam kucing)
Jom..Ada nak share sikit ape yang Ada tau pasal si comel nih...
   Kucing ialah sejenis mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus.Karnivor? Kenapa kucing aku makan sayur kadang-kadang tu rumput...? pentingkan kesihatan katanya...hahha.(kata fakta mereka makan tumbuhan tu untuk memuntahkan balik bahan-bahan yang tidak boleh dihadam). 
   Mereka adalah pemangsa  yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu jenis haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas macam si Pak Jang dengan si Ameng kat rumah tu...sangat hebat dalam membuka pintu bilik air untuk membuang tinja,urin dan juga minum air. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"). Mereka juga kentut dan berdengkur.....(rekod bau paling lama dipegang oleh Ameng..ishhh baunya macam Ameng makan petai..)

Pak Jang- dah tak balik rumah....

                                                          

Ameng- Si kejam yang cerewet

Banyak lagi nak cerita pasal mereka ni.
Jumpa lagi di siri akan datang..
Miaw miaw...

Thursday, 1 December 2011

Nice 1~

"Untuk menjadi wanita solehah kepunyaan 
Allah,
Jangan ada 1 pun nama lelaki
meniti di bibir dan terukir di hati.
Jika tidak,
sudah pasti cinta 
Allah
masih belum dimiliki.
Jangan jadikan fitrah itu fitnah."

Bolehkah aku?????????????????????????????????????????????????????              

Sunday, 9 October 2011

Saya bangga

Assalamualaikum...

Tahniah buat sepupu dan rakan-rakan tercinta sebab dapat melanjutkan pelajaran dekat luar negara...
Anda memang hebat saya tumpang berbanggalah..=)

Mereka pergi ke

1-Nurfaraheen binti Md Sani (my cousin)
Alexandria University,Egypt
Medic

2- Khairul Aimiza bin Ibrahim
University of Sheffield, United Kingdom
Mechanical Engineering

3-Nur Afika binti Ismail
University of Southampton,United Kingdom
Science in Mathematics

Anda di Malaysia juga hebat....
Belajar rajin-rajin dan jaga diri ya!!



Padan Muka

Assalamualaikum...

Padan muka kau Adah...
tu la..kenapa tukar nama kat FB.dah kawan lama tak kenal..sampai terremove pun ade..
biar je lah...one day kite jumpa nanti kita bagi tahulah yang Ain Hawani tu kite...
tapi..tapi..awak patut siasat dulu siapa kita..baru awak remove kite..hehhe kan kite ada pic kat FB tu..tak tawla kalau muka kite dah berubah kan cam sesumpah awak tak kenal kita lagi...anyway lagi sekali kite nak bagi taw yang Ain Hawani yang awak teremove tu kitela...

Kita boleh buat macam-macam dengan FB kite kan...lepas ni ingat nak guna nama Ifti Liyana balik..hahha

Nurul Suhadah means Cahaya Pejuang
Ain Hawani means Mata Ibu Penyayang

Boleh panggil saya Nurul, Su,Suhadah,Adah,Ain or Hawa...=)

Tuesday, 2 August 2011

Salah Waktu

Assalamualaikum......

Masih tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
-aware dengan segala di sisi anda
-tundukkan pandangan anda
-kawal kemarahan anda
-memberi kemaafan
-supaya diri kita menjadi lebih baik.....(talk dari vlogger AimanAzlan)

(Nasihat untuk diri sendiri jugak)... 

RABU,7.50 pagi..

Aku dikejutkan oleh fieda merangkap roomate selama 4 semester...aku terperanjat dengan kejutan yang telah diberikan...tatkala itu aku terus mencapai tuala dan barang-barang mandian...hatiku berdebar-debar kerana kelas akan bermula pada pukul 8 nanti...(fuh 5 minit mandi dalam sejarah kan..)
Takut malula lambat datang kelas....

Assalamualaikum kedengaran...salam yang diberi dari wing Teratai kedengaran sampai wing Cempaka...lagi jantung berdegup kencang kan...huhu...wawa da sampai!!! Masa tu tengah sibuk gosok tudung.Mata wawa memandang aku...galak...aku dah tau apa  dalam fikiran dia...
"Asal lambat?", tanya wawa..dengan confident aku jawabla soalan dia.."aku bangun lambatla..." heheee..biasalah kelas pertama dalam bulan Ramadhan...

Turun bawah kolej Mim dah takde..da gerakla tu tinggalkan kami berdua isk...isk. Pelikla selalu telefon..
Tanpa berlengah-lengah lagi aku dan wawa pantas melangkah kaki menuju ke kelas. Classmate semua dah masuk kelas ke?.Beg dengan kasut banyak kat luar ni.(kelas dalam makmal komputer,jadi kasut dan beg tidak boleh dibawa masuk).

Dah letak beg, amik note semua aku dengan wawa terjengah-jengah dulu sebelum masuk dalam kelas....tak sempat beri salam hah kenapa muka mereka bukan budak classmate..Sambil berlari keluar sambil berfikir sambil tersipu-sipu malu."Ada kelas kita pukul 9 la ni waktu dak kelas C,"terang wawa. Aku masih ketawa,,,sampai bilik pun masih ketawa...silap waktula malu..tadi puan nampak.

9.00 pagi...
Sampai je kelas puan cakap kat classmate,"tadi kawan awak excited datang kelas pukul 8"...ketawa lagi...
Sebenarnya ingat hari ni hari selasa.Hari selasa je yang kelas pukul 8..Memang dah ingat dalam kepala dah.Tak terpikir pulak nak selak timetable tadi.Ha kan dah salah waktu!!!!!

=)pengajaran:mesti tengok timetable selalu.....sekian terima kasih