Thursday 16 February 2012

Nice 2~

Kenapa kita menjerit apabila kita marah? 
Walaupun orang yang kita marahi itu duduk bersebelahan dengan kita?

 - Kerana apabila seseorang itu marah, hati mereka berjauhan. Semakin jauh hati mereka, semakin kuat jeritan mereka. 

Dan kenapa bila orang bercinta, cakapnya dengan suara yg lembut? 

-Kerana hati mereka dekat. Dan bila semakin dekat, cukuplah hanya dengan memandang. 
Masing masing memahami. Jadi, jangan kerana marah, hati kita menjadi terlalu jauh, hingga sukar untuk didekatkan kembali :)

(Tak nak la marah-marah)
=)

Tertipu selama 8 tahun....

DUGAANKU~


hati pedih menangis,
jiwaku yang suram,
malam yang panjang,
ingin aku bersendirian..

merenung kehidupan,
memikir kesudahan,
pada siapakah hendak ku curah,
keresahanku..

aku berpaut pada sejengkal tali cuma,
itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini,
inikah dugaanku,
inikah kesempatan,
haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu..

dekat didepan mata,
berat meluah kata,
terpendam segala apa dirasa,
sekian lama ini..

apakah kita nanti,
tiada dapat serasi,
ataukah hanya aku bermimpi,
untuk memiliki..

aku berpaut pada sejengkal tali cuma,
itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini,
inikah dugaanku,
inikah kesempatan,
haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu..

kesempatan yang datang tiada ketentuan,
puasku memandang di kejauhan tak kesampaian..
sering terbayang-bayang,
tinggi lagi harapan,
adakah kusempat atau pun tidak,
untuk bersamamu...






Aku ingat yang nyanyi lagu ni penyanyi cik Syafinaz tu...rupa-rupanya Puan Ning rupanya....
ok 8 tahun tertipu..anyway best lagu ni=)

eh...ini video pertama dalam blog aku...

credit tu: makcik you tube =)