Wednesday, 20 April 2011

CINTA LAUT DAN LANGIT

Mood    :demam cinta final
lagu latar:barney& friends.......
Watak hari ni: director.......

******akhirnya aku dapt jugak buat blog nih......kelupaan password.....
kenapa nak bercerita pasal cinta??......sebab keliling aku penuh dengan CINTA!!!!!

***************Sebuah kisah yang perlu dijadikan iktibar

Pelakon:-  laut,langit,awan, dan angin.

Dahulu kala, langit dan laut  saling jatuh cinta.Mereka menyukai antara satu sama lain. Disebabkan cinta mereka yang begitu kuat, warna laut dan langit menjadi sama...Setiap kali waktu senja datang, si laut dengan lemah lembut membisikkan "Aku cinta kepadamu" ke telinga langit..tatkala itu, langit tidak menjawab apa2.Langit hanya tersipu2 malu lalu wajahnya bertukar kemerahan.

Suatu hari datang awan...Awan sangat kagum dengan kecantikan langit lalu jatuh hati kepadanya..Tetapi, langit hanya mencintai laut sahaja!..Dengan sikap dengki yang ada pada awan, awan cuba untuk memisahkan lagit dan laut. Dengan itu, awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin untuk menghalang pandangan antara langit dan laut....Akibatnya, laut berasa sangat marah..lalu menghentam awan dengan kuasa gelombangnya yang besar....Tapi, usaha laut itu tidak menjadi.

Lalu, datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan antara laut dan langit..Angin merasakan dia harus membantu mereka bagi menyingkirkan awan yang durjana itu..Dengan tiupan keras dan kuat bak Lanina..angin meniup awan..Maka, awan terbahagi kepada banyak bahagian sehinggakan awan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaan kasih terhadap langit...Kadang-kala awan akan menangis kerana tersiksa dengan cintanya yang tidak berbalas..Sejak itu, laut dan langit hidup bahagia....

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan.Kita juga sebagai manusia dapat melihat hubungan kasih sejati antara laut dengan langit. Setiap kali andai ke pantai, lihatlah bahawa terdapat satu garis lurus antara laut dan langit, di situlah mereka sedang bersatu........

*********THE END***********


katakan ya kepada cinta,,,,,
mak,ayah terima kasih kerana mengajar anakmu ini erti sebuah cinta!!!
=) jawab paper tu elok2.....sila bercinta dengan paper anda!!!
=) GOOD LUCK!!!