Saturday, 16 July 2011

Nyenyaknya

2.38 pagi

Assalamualaikum....
Masih tak mengantuk walaupun lagu soundtrack Selamat Pagi Cinta menjadi latar aku menulis blog ni...Lagu ni juga pernah menjadi peneman tidur ahli bilik M122...romatik betul kan kita tidur sambil dengar lagu ni..Sebenarnya aku sekarang tengah cuti pertengahan semester dan sekarang berada di rumah mak cik aku..Nak dijadikan cerita, esok uncle and aunty nak ajak kita dengan adik pergi jalan-jalan sebab tu aku ada kat rumah mereka.. Tajuk entry aku kali ni "Nyenyaknya" bukan nak cerita pasal kenyenyakan tidur aku tapi.........pasal kucing aunty yang sangat nyenyak tidurnya ni...
                                                       
Kucing siam mak cik namanya Tommy.Dia tumpang tidur atas bantal aku ni.Dah dapat tumpang terus tidur terkangkang..Cepatnya terbongkang dan kenyenyakan sambil kedengkuran..(ini gambar hiasan.Tommy tidur lagi ensem dari kucing ni.)

Lepas ni nak tidurla.Kita tidur sebantal ye Tommy..Tommy jangan dengkur kuat sangat sebab kita nak tidur nyenyak macam Tommy jugak...

=)Good night semua.
=)Good night Tommy...                                           

Wednesday, 13 July 2011

Memory......

Jurnal memori aku buka....
Inilah kenangan aku bersama mereka
Saat indah bersama akan aku ingat sampai bila-bila
Aku cinta mereka=)

                                                                  makan dekat mawa

                                                                bersama hanatamimi

                                              tangan di dada mata ke atas...syidah reject kau
    (untuk melakukan aksi ini anda perlu terus menahan nafas apabila mata sudah pandang ke atas)

            sangat serius memikirkan kita hendak keluar bersama-sama sebab kereta hanya ada 3


   Thanks for the sweet memory............


surprise

Assalamualaikum......

 Sebenarnya hari ni hari jadi mak......
 Sebenarnya tak wish lagi huhuh......
 Sebenarnya nak bersabar je untuk tidak wish pada hari ini....
 Sebenarnya memang perlu bersabar sahaja....
 Sebenarnya esok nak balik rumah.....
 Sebenarnya esok nak buat surprise dekat emak....
 Sebenarnya esok baru nak wish.....
  Sebenarnya esok nak buat surprise......=) mak anak da balik...(mak buat-buat terperanjat)
Sebenarnya nak cakap Happy Birthday dekat mak esok...bukan hari ni.....
 Sebenarnya tak sabar ni............Happy birthday makkkkkkkkkkkkk
 I love u. I love u. I love u........muah muah muah=)

Monday, 20 June 2011

Nak berkawan tapi saya malu =)


Assalamualaikum.....................

Aku memang suka berkawan........
tak kira siapa pun...........
Antaranya dia ni lah.......Tapi aku,aku malu la nak kawan dengan die...............
Tak tahulah kenapa

Dari apa yang aku nampak, dia sangat comel dan ensem....
Tak taula dia ni baik ke tak...tapi aku rasa dia ni ada nakal sikit kot...maklumlah tak kenal lagi....
Malulah nak kenal dengan dia.......
Dia datang aku lari. Dia datang aku lari....aku lari dia datang...macam mana nak kenal........
Aku ke yang pemalu sangat ni?????
Aku panggil dia Mr.Kapoor….

=) Inilah kisah perkenalan kami..........


                                                                                    
AWAK……!!!!!kita nak kenal dengan awak boleh? Nama kita Kapoor…


Aik!! Kita nak kenal dia lari pulak…………



Awak,kejaplah…saya nak kenal dengan awak je…


Eh awak…jangan la lari lagi!!!!


Eh awak ni…berlari ke berjoget?


ADA  takut la…..jangan la kejar…..


Yelah yelah…tak nak kejar Ada lagi…..SOMBONG!!!!


Huh penatla…….sampai hati tak nak kawan dengan kita…kesian Mr Kapoor =(

= Begitulah berakhirnya perkenalan kami.Walaupun saya tak kenal dia tapi dia ada dalam kenangan saya…..
Dia memang jinak tapi aku takut sebab dia kejar aku….
p/s- saya pencinta haiwan =)


Thursday, 9 June 2011

Pranav Mistry

Assalamualaikum w.b.t

     Semester baru,belajar ilmu baru dan situasi yang baru (tanpa 3 orang geng wanita sejati...kak Rabiatul Adawiah, kak Naziatul Azida dan Rasyidah.....). Rasa sedikit berbeza daripada biasa. Apa yang berbeza? Dulu lepas kelas, kita selalu pergi beli makan sama-sama then lepak bawah kolej Mutiara.Bila kite berkumpul ada saja tips-tips yang keluar untuk jadi wanita yang betul betul wanita. Bercerita mengenai cita-cita, kelas, kekasih hati, jingga dan macam-macam lagilah. As introduction, sebenarnya memang sedang rindukan mereka.

     Minggu ke2 untuk semester ni, salah seorang pensyarah aku telah menunjukkan video mengenai teknologi yang sedang dicipta....Hebat Pranav Mistry..memang misteri...
                                                        
                                                                    ni link video tu

-Nak amik gamba pun dah tak payah guna kamera 
-Nak telefon pun dah tak payah guna phone(button nombor pun ada dekat tapak tangan)
-Nak baca surat khabar siap ada video sekali
-Nak kenal dengan orang dah tak payah guna facebook (guna mata je dah boleh kenal da)

Projek ini masih dalam kajian dan dikelolakan oleh sebuah organisasi yang bernama TED(Technology, Entertainment,Design). Daripada video yang kita tengok tadi, projek ni ni dipanggil SixthSense kita boleh berinteraksi dengan hanya menggunakan mata, mulut,hidung,telinga,jari dan alat bantuan seperti kamera dan projektor kecil. This is the power of digital technology dengan hanya menggunakan the natural gestures to interact dengan apa-apa di sekeliling kita and thus making the entire world your computer.

Walaupun teknologi ni dicipta untuk kemudahan tapi masih ada negatifnya buat manusia..
Fikir-fikirkan.....=)

I think yang cipta idea ni adalah orang India kot...(Pranav)..hebat...

Yang Mencipta orang India tu/Pranav........
Lagi Hebat............... Subhanallah





Sunday, 8 May 2011

"Adi ni kacau akak tidurlah"

                                                                 ASSALAMUALAIKUM



Sedang melihat upin-ipin bersama adi, aku tertidur. Mengantuk yang amat sangat...tiba-tiba aku tersedar yang Adi cakap upin-ipin dah habis. aku bangun lalu sambung tidur di dalam bilik pula. Sedang enak dibuai mimpi, tiba-tiba Adi memanggil...

"Kak beso, kak beso... kawan akak beso....."belum sempat adi menghabiskan ayatnya aku bingkas bangun sambil mengemaskan rambut ku yang kusut-masai....

"Kawan akak beso tu..."

"Mana Adi?"...aku tengok dari celah tingkap...tetapi Adi tunjuk ke arah telefon bimbit...hairan sekejap...(sebenarnya mamailah...)

"Adi tunjuk ensetla kak", celah ayah sambil ketawa. (gelak betul ayah time ni...)

"Kawan akak telefon",kata Adi lagi.( Saat ni aku dah dapat tangkap apa motif Adi sebenarnya)

"Adiiiiiii niiiiiiiii kacau akak tidurlah", sambil memandang sekilas pada telefon bimbit tersebut.(dah tau Adi memang tengah berangan).

Lepas tu aku sambung tidur balik....(kuat tidur betul aku hari ini.)

= Sekarang Adi memang rajin berangan;
main handphone I sambil berbual-bual macam ada orang lain yang tengah berbual dengan dia..
- tu sebab I tak amik kisah pasal handphone tu. Tak tengok pun siapa yang calling.

=)huh, sampai macam tu sekali Adi ni...
Tapi Adi tak berjaya sebab akak boleh tidur balik...hahhaa

nota kaki: Adi ialah sepupu aku.Umur dalam lingkungan 3 tahun.Tinggal di sebelah rumah aku.Nama panggilan "Kak beso" memang telah lama wujud. Semuanya bermula dari abang dan kakak Adi sendiri. Motif nama itu dipanggil adalah untuk membezakan antara aku dengan adik aku.Adik aku nama panggilannya "Kak kecik"(huh kecik la sangat..hahah.)









Wednesday, 20 April 2011

CINTA LAUT DAN LANGIT

Mood    :demam cinta final
lagu latar:barney& friends.......
Watak hari ni: director.......

******akhirnya aku dapt jugak buat blog nih......kelupaan password.....
kenapa nak bercerita pasal cinta??......sebab keliling aku penuh dengan CINTA!!!!!

***************Sebuah kisah yang perlu dijadikan iktibar

Pelakon:-  laut,langit,awan, dan angin.

Dahulu kala, langit dan laut  saling jatuh cinta.Mereka menyukai antara satu sama lain. Disebabkan cinta mereka yang begitu kuat, warna laut dan langit menjadi sama...Setiap kali waktu senja datang, si laut dengan lemah lembut membisikkan "Aku cinta kepadamu" ke telinga langit..tatkala itu, langit tidak menjawab apa2.Langit hanya tersipu2 malu lalu wajahnya bertukar kemerahan.

Suatu hari datang awan...Awan sangat kagum dengan kecantikan langit lalu jatuh hati kepadanya..Tetapi, langit hanya mencintai laut sahaja!..Dengan sikap dengki yang ada pada awan, awan cuba untuk memisahkan lagit dan laut. Dengan itu, awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin untuk menghalang pandangan antara langit dan laut....Akibatnya, laut berasa sangat marah..lalu menghentam awan dengan kuasa gelombangnya yang besar....Tapi, usaha laut itu tidak menjadi.

Lalu, datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan antara laut dan langit..Angin merasakan dia harus membantu mereka bagi menyingkirkan awan yang durjana itu..Dengan tiupan keras dan kuat bak Lanina..angin meniup awan..Maka, awan terbahagi kepada banyak bahagian sehinggakan awan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaan kasih terhadap langit...Kadang-kala awan akan menangis kerana tersiksa dengan cintanya yang tidak berbalas..Sejak itu, laut dan langit hidup bahagia....

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan.Kita juga sebagai manusia dapat melihat hubungan kasih sejati antara laut dengan langit. Setiap kali andai ke pantai, lihatlah bahawa terdapat satu garis lurus antara laut dan langit, di situlah mereka sedang bersatu........

*********THE END***********


katakan ya kepada cinta,,,,,
mak,ayah terima kasih kerana mengajar anakmu ini erti sebuah cinta!!!
=) jawab paper tu elok2.....sila bercinta dengan paper anda!!!
=) GOOD LUCK!!!