Sunday, 8 May 2011

"Adi ni kacau akak tidurlah"

                                                                 ASSALAMUALAIKUM



Sedang melihat upin-ipin bersama adi, aku tertidur. Mengantuk yang amat sangat...tiba-tiba aku tersedar yang Adi cakap upin-ipin dah habis. aku bangun lalu sambung tidur di dalam bilik pula. Sedang enak dibuai mimpi, tiba-tiba Adi memanggil...

"Kak beso, kak beso... kawan akak beso....."belum sempat adi menghabiskan ayatnya aku bingkas bangun sambil mengemaskan rambut ku yang kusut-masai....

"Kawan akak beso tu..."

"Mana Adi?"...aku tengok dari celah tingkap...tetapi Adi tunjuk ke arah telefon bimbit...hairan sekejap...(sebenarnya mamailah...)

"Adi tunjuk ensetla kak", celah ayah sambil ketawa. (gelak betul ayah time ni...)

"Kawan akak telefon",kata Adi lagi.( Saat ni aku dah dapat tangkap apa motif Adi sebenarnya)

"Adiiiiiii niiiiiiiii kacau akak tidurlah", sambil memandang sekilas pada telefon bimbit tersebut.(dah tau Adi memang tengah berangan).

Lepas tu aku sambung tidur balik....(kuat tidur betul aku hari ini.)

= Sekarang Adi memang rajin berangan;
main handphone I sambil berbual-bual macam ada orang lain yang tengah berbual dengan dia..
- tu sebab I tak amik kisah pasal handphone tu. Tak tengok pun siapa yang calling.

=)huh, sampai macam tu sekali Adi ni...
Tapi Adi tak berjaya sebab akak boleh tidur balik...hahhaa

nota kaki: Adi ialah sepupu aku.Umur dalam lingkungan 3 tahun.Tinggal di sebelah rumah aku.Nama panggilan "Kak beso" memang telah lama wujud. Semuanya bermula dari abang dan kakak Adi sendiri. Motif nama itu dipanggil adalah untuk membezakan antara aku dengan adik aku.Adik aku nama panggilannya "Kak kecik"(huh kecik la sangat..hahah.)









2 comments: